PERCAYA BARU BERJAYA

Powered by Blogger.

SHAKLEE MENYUMBANG KEPADA ZIONIS?!

BOIKOT SHAKLEE?

SHAKLEE MENYUMBANG DANA KEPADA ZIONIS?

Assalamualaikum pembaca yang saya sayangi sekalian.
Banyak sungguh dugaan Allah kepada hambanya sekarang ini.Selepas satu persatu musibah yang berlaku di negara kita.Terbaharu kita dikejutkan dengan berita mengenai tragedi  berdarah yang menimpa pesawat MAS, MH17.


Sebelum itu,kita sedia maklum mengenai serangan puak Zionis ke atas Bandar Gaza pada bulan Ramadan.Tidak tergambar dengan kata-kata penderitaan yang dialami oleh mereka.Betapa besarnya ujianMu ke atas mereka khususnya dan umumnya kami dan seluruh dunia Allah. Allahuakbar!

Kali ini,saya rasa terpanggil untuk berkongsi maklumat yang telah disampaikan kepada saya.Hal ini demikian kerana terdapat banyak khabar angin yang disebarkan oleh key board warrior berkenaan Shaklee.Khabar angina ini akan bertiup kencang setiap kali puak Zionis menyerang GAZA.

SHAKLEE MENYUMBANG DANA KEPADA ZIONIS/ ISRAEL?

Persoalan inilah yang sering saya dan rakan-rakan Shaklee terima daripada  orang ramai.Persoalan ini bukan hanya baru-baru ini,tetapi timbul setiap kali Gaza diserang.Perkara ini akan diulang dan diulang!

PERKARA APA YANG BERLAKU SEBENARNYA?

Inilah website yang sering digunakan oleh key board warrior

Inilah website yang sering dijadikan rujukan oleh key board warrior di luar sana. Isu ini ialah SID Keneseth Israel(KI)!Bagi sesiapa yang pernah terdengar,terbaca atau terkongsi.Ya inilah SID yang secara terang-terangan mengaku bahawa mereka menyumbang kepada Israel/Zionis.Lebih merumitkan apabila di dalam website/blog Keneseth tersebut terdapat logo Shaklee Corporation.Hal inilah sebenarnya menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat umum.

Jadi apabila timbulnya kekeliruan seperti ini,maka ramailah yang terus menjatuhkan hukum,mencaci,memaki, tidak kurang juga yang terus membuang produk-produk Shaklee di rumah mereka.Inilah sikap masyarakat kita,bertindak tanpa berfikir panjang.Habis semua syarikat di dalam senarai hendak diboikotnya,padahal ramai yang menjadi pak turut hanya mengikut membabi buta.Klau nak boikot,boikotlah. Tapi boikotlah dengan ILMU bukan dengan EMOSI.

Apabila boikot dengan emosi,inilah yang terjadi.Shaklee tak a da pun dalam senarai yang diboikot.Suka sangat ‘share’ sesuatu yang tak  pasti, yang selalu jadi ‘viral’.Bangga sangat apabila ramai orang ‘komen’ dan ‘like’ status yang ditulis.Mereka tak sedar mereka sedang menyebarkan fitnah!Bukankah fitnah itu lebih teruk daripada membunuh?

BAGI YANG SUKA SANGAT ‘BERKONGSI’ SESUATU YANG TAK DIKETAHUI KEBENARANNYA,INI JAWAPANNYA

Ya!Memang ada badan atau secara tepatnya Keneseth Israel Congregation sebagai Shaklee Independent Distributor(SID)yang menyumbang kepada Zionis Israel.
Shaklee Corporation sebagai sebuah syarikat tidak menyokong atau menyumbang kea rah kekejaman politik/ konflik yang berlaku di seluruh dunia termasuk Zionis Israel.

Kenapa ada logo Shaklee pada website tu?

Macam ni,bila kita klik pada logo Shaklee kita akan dibawa kepasa satu page untuk buat order.Ia sebenarnya kemudahan yang disediakan oleh Shaklee kepada SID untuk kemudahan jual beli.Ia menyamai esell yang baru diperkenalkan di Malaysia.Perlu diingat itu adalah page individu tersebut.Bukan website rasmi shaklee.

Keneseath adalah individu/ non profit organisation yang merupoakan SID seperti saya juga.Keneseath menggunakan duit bonus yang diperoleh untuk disumbangkan kepada Zionis.Sama seperti kami SID Islam Shaklee menggunakan bonus yang diperoleh untuk disumbangkan kepada Gaza Palestin!

Kami sebagai SID telah berulang kali memberi penerangan apabila dihujani denga  pelbagai soalan.Sebelum ini,kami hanya mempunyai pengesahan secara lisan daripada pihak atasan sHaklee mengenai isu ini.Alhamdulillah secara rasminya Shaklee Internasional membuat pengesahan bertulis/ memo berhubung isu ini.

PENGESAHAN DARIPADA SHAKLEE




Semoga kita mendapat pencerahan mulai saat ini.Saya juga memang tidak menyokonh mana-mana individi atau badan yang terlibat dalam Zionis ini.Saya berbisness kerana AllAH dan sangat mementingkan keberkatan rezeki yang diperoleh.

Alhamdulillah sejak saya menyertai Empayar Maria Firdaus banyak perkara positif yang menjadi amalan saya dan saya berasa sangat bersyukur berada dalam empayar hebat ini yangmengajar saya  mengejar akhirat seiring dengan dunia.

Ajaibnya,perkara yang pada sangkaan kita sukar,tetapi apabila kebergantungan kita kepada AllAH melebihi segala-galanya semuanya dipermudah.Saya temui minat,cinta saya di dalam empayar yang hebat ini.Anda tidak akan percaya sehingga anda daftarkan diri dalam EMPAYAR MARIA FIRDAUS ini.

INGIN MENJANA PENDAPATAN 4-5 ANGKA
 HANYA DENGAN DUDUK DI RUMAH SAJA?

HUBUNGI SID ANDA
IZAN
0139831498 
 

Ebook Sorry Bos

Ebook Sorry Bos
Rahsia besar yang anda harus baca