PERCAYA BARU BERJAYA

Powered by Blogger.

CDM 25 vs MUHASABAH DIRI

Bismillah

Beberapa hari ini,negara digemparkan dengan tindakan ganas perempuan Melayu Islam,bertudung pada bulan Ramadan telah melakukan tindakan yang kurang sopan terhadap warga emas yang tidak sengaja terlanggar keretanya iaitu memaki hamun dan menghentak kereta warga emas tersebut dengan pengunci kereta.

Persoalannya di sini,mengapakah tindakan drastik berunsur ganas yang dilakukan olehnya seolah-olah seperti orang yang telah hilang kewarasan fikiran.

Saya bukanlah hendak menjatuhkan hukum atau mengatakan diri baik.Namun saya masih mampu berfikir secara waras kerana saya juga pernah mengalami perkara yang sedemikian,iaitu kereta saya dilanggar kerana hendak mengelak daripada melanggar kereta BMW!

Namun,perkara yang ingin saya nyatakan di sini ialah,janganlah mengaibkan orang.Walaupun pemandu CDM25 itu bersalah,tak perlulah menjadi penyiasat persendirian.Semua keaibannya dipertontonkan satu persatu di media sosial.

Saya nak tanya,apa yang anda dapat?Kepuasan kerana dapat memalukan orang?Adakah anda akan dianggap hebat?Jika perkara sedemikian berlaku kepada anda,apakah tindakan anda-mungkin tanpa 'stereng lock',cuba letakkan diri anda di tempat pemandu CDM25 tersebut.Tak perlu jawab,tapi jawab pada diri anda sendiri.

Cukup-cukuplah,usah-usahlah digali hingga ke akar umbi,Alllah SWT berkuasa menukar duduk perkara.Kelmarin dia zalim.Esok lusa mungkin sesiapa sahaja...Terlalu ramai key board warriors.Ingatlah doa orang teraniaya tiada hijab dengan Allah SWT

Jagalah keaiban seseorang,nescaya Allah akan menyembunyikan keaiban kita.Mungkin peristiwa ini sebagai peringatan kepada kita untuk lebih memuhasabah diri.

Selepas ini peristiwa apa lagi yang bakal menjadi viral?Dan seperti biasa akan akan kumpulan yang mencaci,mengutuk dan melemparkan kata-kata kesat.

Alhamdulillah,saya memilih untuk membaca,memerhati dan memuhasabah diri agar tidak bersama-sama menjatuhkan hukum kepada insan lain.

Mungkin juga kemarahan dan tindakan yang tidak masuk akal ini disebabkan oleh tekanan di tempat kerja atau bebanan tugas.Jom legakan tekanan dengan vitamin B COMPLEX.Peace




Menulis dari hati
Izan
0139831498

 

Ebook Sorry Bos

Ebook Sorry Bos
Rahsia besar yang anda harus baca