JANGAN TERSALAH PILIH
“RUMAH”
Assalamualaikum
Hari ni saya nak berkongsi pengalaman saya untuk memilih
rumah dan pengalaman selepas berada dalam rumah yang betul dan tepat!
Siapa yang faham dengan tajuk entri saya ni?RUMAH yang saya
maksudkan di sini ialah TEAM/GROUP/MENTOR.
Mengikut pengalaman saya,ramai yang datang kepada saya
bertanyakan pelbagai persoalan tentang bisnes Shaklee ni “Ije macam mana nak
beli barang online?”,”Ije, target tu apa?”,”Ije macam mana nak makan
vitamin-vitamin ni?”Eh,nak makan pun kena tahu waktu bila ke,?bukan main makan
je ke?””Ije,mana nak dapat gambar-gambar vitamin yang macam Ije buat tu?”.Semua
pun Tanya saya.Tapi mereka bukan pelanggan atau ahli dalam group saya.Ke mana
perginya individu yang bertanggungjawab membawa mereka masuk ke alam Shaklee?
Saya bukan kedekut ilmu,mengeluh jauh sekali,apalagi nak
berkira.Ilmu ini milik Allah,saya hanya pemegang amanah sahaja.Cuba Tanya
mana-mana sahabat yang bertanyakan soalan kepada saya.Adakah saya sombong,tak
mempedulikan pertanyaan mereka?Saya tetap jawab,dan layan sebaik
mungkin,sehinggakan ada Antara mereka yang mengucapkan terima kasih
berkali-kali.Saya hanya mampu berdoa agar ada individu hebat lain yang boleh
saya bantu dengan memilih RUMAH saya.
Apabila saya tanyakan mereka kenapa mereka tidak hubungi
saya awal-awal supaya tidak tersalah pilih rumah.Sekurang-kurangnya tidaklah
mereka terumbang-ambing ibarat layang-layang putus tali.Tidak kira dari segi
pengambilan vitamin mahupun bisnes.Antara jawapan yang diberi ialah lokasi yang
jauh,jadi susah nak dapatkan barang dan nak tanya apa-apa.Ada yang ingat join
ahli dengan saudara mara mereka lebih senang nak bertanya atau nak dapatkan harga diskaun di samping tak perlu bayar harga kos.
Kadang-kadang saya kesian dengan beberapa orang kawan saya yang dah beli shaklee tapi tak dapat konsultasi yang betul.Ada kawan saya tidak diberitahu bahawa mealshake dan ESP tak boleh dicampurkan dengan air panas.Apabila saya terangkan barulah dia sedar dan berterima kasih kepada saya.Alhamdulillah saya seronok dapat membantunya.
Selain itu,ada ramai ahli-ahli shaklee yang telah join kumpulan lain bertanyakan saya banyak soalan,dan banyak juga yang meminta nasihat daripada saya.Saya tolong setakat yang termampu.Saya doakan mereka agar mendapat bimbingan daripada mentor masing-masing.Kesian tengok,mereka ada kesungguhan tetapi tiada dahan yang teguh untuk berpaut.
Tidak kurang juga,ada yang sengaja memancing pertanyaan berunsur sindiran,perlian,namun dengan tunjuk ajar daripa sifu dan mentor Alhamdulillah semua itu mampu saya tangani dengan berhemah.Hal ini kerana saya yakin dengan produk shaklee kerana saya sememangnya pengguna tegar dan sememangnya saya mendapat banyak manfaat sejak menggunakannya.Jadi tiada masalah untuk saya memberikan testimoni saya sendiri.
Jika anda berminat untuk berada di dalam rumah saya dan menjadi sebahagian Empayar Maria Firdaus The Most Happening Shaklee Team in Malaysia,saya boleh dihubungi di talian 013-9831498,panggil saja saya Izan.Saya berbesar hati untuk membantu anda.