PERCAYA BARU BERJAYA

Powered by Blogger.

GURU: ARKITEK OTAK MANUSIA TERHEBAT

INDAHNYA DUNIA GURUKU
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetian mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umuat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini Presiden sebuah Negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menag bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu guruku,
Budi yang diapungkan didulangi ilmu
Panggilan keramat’cikgu’ kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat


Sejak kecil,cita-cita saya hanya satu iaitu untuk menjadi seorang pendidik.Tanyalah dalam apa jua keadaan sekalipun,guru tetap menjadi pilihan hati.Telah terpahat kukuh cita-cita nan satu ini.Saya sangat mengagumi kerjaya ini,kerana gurulah arkitek otak insan yang bergelar pelajar.


Sepanjang 8 tahun bergelar seorang pendidik,variasi warna kehidupan yang telah saya lalui.Ada suka,tidak terkecuali juga duka.Semuanya  asam garam kehidupan manusia.Setiap hari kita belajar perkara baharu dan ia merupakan pengalaman terindah yang bakal terpahat kukuh dalam diari kehidupan kita.Tanyalah walau sesiapapun,rintangan dan halangan merupakan perkara biasa dalam kehidupan dan Alhamdulillah perkara ini mematangkan saya hari demi hari.

Tiada perkara yang lebih menggembira buat seorang guru selain melihat kejayaan anak-anak muridnya.Saya turut menangis kegembiraan melihat kejayaan mereka dan saya juga menangis kesedihan melihat mereka jatuh tersungkur tetapi mengalah tidak sekali-kali,saya nyahkan dalam kamus hidup saya perkara-perkara yang negatif demi melihat kejayaan mereka.


Pernah seorang murid saya menangis sambil memeluk saya sambil berkata”terima kasih cikgu,kerana cikgulah saya berjaya” menitis air mata ini.Bukan sedikit bilangan yang mengangguk faham tiap kali saya mula berbicara,kepuasan itu tidak tergambar dengan kata-kata .Subhanallah, indahnya perasaan yang Kau pinjamkankan kepadaku ini Ya Allah.

Ingin saya kongsikan di sini juga,saya sangat seronok mengajar murid kelas hujung,kerana jiwa mereka lebih sensitif,mereka lebih tulus untuk belajar dan saya sangat teruja kerana dapat menyentuh hati mereka yang paling dalam.Pernah kawan saya ceritakan,bahawa terdapat seorang murid yang sangat mengagumi saya sehingga ingin menjadi seperti saya semasa ujian Lisan Bahasa Inggeris dijalankan.Saya sangat terkejut,sungguh saya tidak sangka.

Kepuasan menjadi seorang guru memang tidak tergambar dengan kata-kata.Saya berbangga menjadi seorang guru.Inilah minat saya,inilah jiwa saya.Semoga saya akan terus menjadi guru yang dapat memberi nilai tambah dan menjadi inspirasi kepada orang lain.Saya ikhlas untuk membantu anda walau keikhlasan itu umpama semut hitam di atas batu yang hitam pada malam yang kelam.
Sekali ucapan keramat “cikgu” hadir dalam hidup kita,sekali kita bergelar guru,ungkapan itu akan terus kekal terpahat kukuh dalam sanubari semua orang.saya bangga menjadi seorang guru.



Terima kasih CIKGU!  
 

Ebook Sorry Bos

Ebook Sorry Bos
Rahsia besar yang anda harus baca