PEMBUKA SELERA :TRIFLE DATANG LAGI
Bismillah,Assalamualaikum,hari ini saya akan kongsikan
resepi untuk membuat trifle iaitu pembuka selera yang sangat mudah,tetapi
sangat menyelerakan.
Bahan-bahan
Kek swiss roll perisa pandan
1 tin susu cair
4 sudu besar kastad
7 sudu besar gula(boleh kurangkan kalau tak suka manis
hehe)
1 tin air masak
1 kotak jelly strawberi
Buah strawber/,kiwi/anggur/koktail
Cara Membuatnya
Potong kek dan susun dalam bekas biar padat-padat,tampalkan
bahagian yang berlubang dengan kek nak bagi serata dan kastard boleh serap
dengan elok
Seterusnya,masak susu cair dengan 1 tin air dan gula.bancuh
kastard baru masuk dalam susu cair tadi,bagi elakkan berketul-ketul.Kacau
sampai pekat
Seterusnya curah kastard atas kek tadi,biarkan kastard tu
sejuk sedikit.
Susun buah seperti strawberi,buah kiwi atau anggur-saya
letak semua buah,memang sedap hehe
Apabila kastard dah betul-betul sejuk baru masak jelly dan
curahkan di atas kastard itu tadi.
Siap.
Trifle ni saya selalu buat bila ada portluck di sekolah atau hantar ke tadika anak,memang semua suka makan dan semua minta resepi…hehe
Semoga bermanfaat dan anda boleh cuba juga untuk anak-anak
anda. Mesti diaorang suka dan request sokmo..hihi
With love,
Nar
0139831498
0139831498