CABARAN IDEAL WEIGH SELIM MELIM MENJELANG PAGI RAYA
Bismillah
Assalamualaikum
Hari ini hari keenam kita mengerjakan ibadat puasa dalam
bulan Ramadan.Bulan yang penuh keberkatan dan rahmat.Bermakna ada 24 hari lagi
kita kan menyambut Hari Raya Aidilfitri
Dalam keluarga Shaklee kami,sedang berlangsungnya Cabaran
Ideal Weigh di mana para peserta mempunyai target berat badan yang tersendiri
dan nak transform menjadi sihat dan selim di pagi raya.Seramai lebih kurang 50
orang yang mengambil bahagian iaitu yang betul-betul fokus dan mempunyai
komitmen yang tinggi.Salah seorangnya,tentulah saya,Izan!Jangan main-main
sesiapa yang tidak serius akan di ‘kick’ dari group Cabaran Ideal Weigh!Di luar
sana ada ramai lagi yang nak sangat masuk dalam group kami ni.Betapa kami
komited dengan setiap perkara yang kami lakukan.
Saya tahu,ramai yang teringin nak kurus.Tapi apa yang lebih
penting kurus dan sihat.Tapi sayangnya tak ramai yang tahu cara yang betul
untuk mencapainya.Apabila kita tak dapat apa yang kita impikan,saya tahu kita
akan berasa sangat kecewa dan berputus asa.Percayalah saya sangat memahami
perasaan tersebut!Sebab tulah saya memang nak kurus secara sihat dan betul.
Cabaran ini dimulakan setiap peserta hendaklah mengambil set
kurus yang terdapat dalam Shaklee.Saya ambil Cinch
Coklat,Omega,Alfalfa,Lecithin,Energy Cinch Tea dan ESP.Memang terbaik set ini.
Awal bulan Mei,berat saya ialah 70kg!dengan ketinggian
150cm.Sememangnya tergolong dalam kategori obesiti!Target saya ialah untuk
menurunkan berat badan sehingga 55kg.Saya perlu turunkan berat badan sebanyak
15kg!Bolehkah saya turunkan berat badan dalam masa 9 minggu?Tolong doakan saya
ya….
Hari ini,semasa saya menulis entri ini,berat badan saya
ialah 64.9 kg!Penurunan sebanyak 5.1 kg dalam masa sebulan.Ajaib kan,saya ni
tergolong dalam kumpulan orang yang sangat susah menurunkan berat badan,kalau nak turunkan 1 kg pun susah,inikan pula nak turunkan sebanyak 5.1 dalam masa
sebulan pula tu.Alhamdulillah dengan bantuan kawan-kawan dalam kumpulan Cabaran
Ideal Weigh ni memang semua orang pun boleh BERJAYA.
Dalam kumpulan ini,kami dikehendaki sentiasa mengemaskini
apa yang kami makan waktu sarapan,tengah hari dan makan malam.Opss ni bulan
Ramadan,jadi waktu berbuka dan bersahurlah kami kena kemaskini apa yang kami
makan.Memang kena jagalah kan,siap ada penyiasat lagi tau,kami gelarkan dia
‘CSI,tidak lupa juga personal trainee yang akan sentiasa membimbing kami dengan
teknik senaman yang mudah tapi berkesan.Kami gelarkan dia’ Abang Ketak’.Memang seronok
kurus secara berjemaah ini,kawan-kawan.Semua orang saling mengingatkan dan
ikatan ukhwah kami memang terjalin dengan hebatnya.
Subhanallah,kumpulan ini,bukan sekadar kumpulan nak kurus
semata-mata tapi kami ini dah diibaratkan seperti adik beradik,saat ini memang
tidak boleh dibeli dengan jutaan wang ringgit.Saat seorang sedih,kami sama-sama
merasakan kesedihan tersebut dan saling mendoakan.Hebat sungguh jalinan ini.
Saya,Izan sangat berbangga menjadi salah seorang yang
terawal join Cabaran Ideal Weigh dan saya akan turunkan berat badan saya dengan
jayanya.Seronok proses untuk kurus bila kita tahu caranya.Saya minta
kawan-kawan pembaca semua doakan saya ya.Terima kasih semua.
Semua tips untuk kurus ini saya aplikasikan kepada kawan-kawan yang berhasrat untuk kurus.Custemor saya pun ramai yang dah turun purata 6 kilo setelah mengakamalkan set kurus shaklee ini.Rata-rata memang mengakui proses untuk kurus bersama shaklee memang lebih mudah
Semua tips untuk kurus ini saya aplikasikan kepada kawan-kawan yang berhasrat untuk kurus.Custemor saya pun ramai yang dah turun purata 6 kilo setelah mengakamalkan set kurus shaklee ini.Rata-rata memang mengakui proses untuk kurus bersama shaklee memang lebih mudah