SEMINAR OMG-ONLINE & OFFLINE MARKETING :BISNES LEBIH MUDAH BILA TAHU CARANYA
Assalamualaikum,
Tanggal 24 hingga 25 Mei yang lalu saya telah membuat pilihan yang
paling tepat untuk menghadiri seminar OMG yang dianjurkan oleh mentor saya
dalam bisnes Shaklee yang bertempat di FIT Batu Caves.
Pada hari kejadian,dengan izin
Allah semuanya dipermudahkan kepada saya.Alhamdulillah apabila saya
bertanyakan jalan pada pak cik yang jual
kuih di depan Tadika Ibu A.N.A ,dia siap lukiskan peta untuk saya. Saya rasa sungguh
terharu.Saya doakan pakcik yang tolong saya tu berjaya dalam jualan kuihnya dan dipermudahkan segala-galanya.
Pada hari Jumaat,sayalah orang
yang paling awal sampai di situ,punyalah bersemangat nak menuntut ilmu…Hehe ada
rintangan saya nak datang tu,mula-mula saya buat keputusan tanpa beritahu
suami.Saya memang nak sangat join seminar ni.Saya tulis dalam kumpulan wassup
saya, bahawasanya saya sanggup saya nak turut serta dalam seminar ini,walaupun
saya terpaksa pergi ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas!Sebab saya tinggal di
Kuantan,Pahang. Alhamdulillah,suami saya bersetuju untuk menghantar saya ke
Kuala Lumpur.Terima kasih,percayalah saya sedang menuju kejayaan.
“JIKA KITA MAHU
BERJAYA,
KITA PERLU BELAJAR
DARIPADA
ORANG YANG SUDAH
BERJAYA!”
Peluang seperti ini,sememangnya
tidak akan saya lepaskan.Dengan hanya membayar RM60 sahaja untuk 2 hari adalah
sangat murah!Anda tak akan dapat harga ini di mana-mana tempat sekalipun,siap dapat baju T muslimah
tu.Terima kasih mentor kerana sanggup bersusah payah untuk membimbing,mendidik
kami untuk berjaya seperti anda.Mentor saya ini,sudahpun mendapat pendapatan 5
angka sebulan.Jadi saya nak sedut segala ilmu daripada mentor yang hebat
ini.Saya akan ikut rapat-rapat sehingga berjaya, In Shaa Allah.
Sepanjang seminar ini,saya bukan
sahaja dapat bertentang muka dengan mentor-mentor yang hebat.Namun saya juga
dapat bersemuka dengan ahli kumpulan bisness
yang selama ini saya hanya kenal di alam maya.Sebelum ini kami hanya
berbual di laman muka buku, Whatsapp dan Telegram.Walaupun sebelum ini kami
tidak pernah bersua muka,tetapi ukhwah yang terjalin sangat mesra seperti kami
sudah menjadi sebuah keluarga yang besar.Alhamdulillah,saya bersyukur
dikelilingi orang-orang yang positif.
Hari Pertama
Kami dihidangkan dengan intro
yang sangat happening,iaitu tarian Chicken Dance dan Bara Bara Bere
Bere,sememangnya sangat energetik.Pesan mentor saya,orang yang dapat
mengekalkan energetik sepanjang program berlangsung,maka orang itu akan cepat
berjaya. Kami juga diingatkan bahawa kita menjalankan bisnes kerana Allah
Taala,jika kita menjaga hubungan baik kita dengan Allah,bisness kita juga kan
turut melonjak naik.Subhanallah,Masyaallah hati saya tersentap,selama ini saya
banyak mendahulukan kepentingan diri berbanding Illahi.Astargfirullahilazim
maafkan hambamu yang kerdil ini Ya Allah.
Rahsia demi rahsia dibongkarkan
satu persatu di hadapan kami.Rahsia menjadi magnet kekayaan.Bagaimana kita
dapat menarik orang agar suka kepada kita menerusi strategi jualan secara
offline.Antara perkara yang disentuh
ialah kepentingan senyum,mentor,solat sunat dhuha,networking dan yang terakhir
sekali disiplin.Inilah kunci kejayaan secara offline yang dikongsikan oleh
Saudara Syed Hafiz,pakar jualan offline.
Seterusnya kami juga didedahkan
dengan prinsip asas berniaga yang kadangkala orang yang nak menceburi perniagaan main redah sahaja,dan tiada ilmu,jadi kebanyakan bisnes
seperti itu menemui kegagalan yang total.Sepatutnya kita fokus kepada jalan
penyelesaian dan bukan melihat kepada masalah.
Group kami sememangnya
mementingkan perubahan hidup kepada yang lebih baik.Persoalannya kenapa?Kerana
apabila hidup kita lebih baik,maka kita dapat menolong lebih ramai orang untuk
menjadi lebih baik.Berubah demi kejayaan dunia dan akhirat.Ramai leader yang
telah berkongsi perubahan hidup sebelum dan selepas menyertai dunia
Shaklee.Ramai yang mengakui secara jujur bahawa yang sebelum ini,tidak pernah
mengerjakan solat dhuha telah mula mengamalkannya dan bertahajud pula pada malamnya.Syukur
saya juga begitu,saya rasa lebih dekat dengan Pencipta.Saya sudah tidak berada
di Pulau Alasan.Solat sunat dhuha sangat luarbiasa kerana menjadi magnet
rezeki.
Kami juga sangat bertuah kerana
saudara Arham iaitu pakar dalam dunia marketing sudi berkongsi rahsia mudahnya
menjual dalam masa 5 minit sahaja.Formula yang digunakan ialah SELAT iaitu
Sedia,Lancar dan Tuai.Sememangnya tips ini sangat berkesan dan telah diakui
oleh ramai orang yang telah mencubanya.Seterusnya kami juga didedahkan dengan
rahsia besar untuk close deal dengan bakal pelanggan kita.Terdapat 3 jurus maut
untuk close deal .Tak sabar rasanya nak
aplikasikan tips ni.Tapi tips yang paling best ialah kenapa 30 orang sahaja
yang boleh Nampak posting kita?sedangkan jumlah kawan kita dalam Facebook ialah
2000 orang,oo patutlah,saya baru tahu ^_^
Bahagian yang paling happening
saya rasa ialah perkongsian daripada 4 orang leader yang telah berjaya mendapat
5 angka sebulan iaitu mama saya sendiri Affni Shahida, Shakila Kuzairi,Adni
Harlina dan Kam Haryatie ala-ala hot seat yang Doktor Azizan Osman buat
gitu,sungguh terinspirasi!Saya visualisekan suatu hari nanti saya juga akan
jadi seperti mereka.”Man Jadda Wa Jada” bermaksud “Barang siapa yang
bersungguh-sungguh berusaha,pasti mendapat hasil”.
Ada banyak perkara yang saya
sangat suka mengenai Empayar Maria Firdaus ini,salah satunya ialah perwatakan
Master Maria dan Master Firdaus sangat merendah diri,sangat peramah,seorang
yang mudah didekati dan saya dapat rasakan keikhlasan mereka untuk membantu
kami menjadi seperti mereka.Mendapat pendapatan 5 angka seperti mereka malah
lebih lagi.Subhanalalh,Allahuakbar terima kasih Allah kerana menghadirkan insan
yang hebat seperti mereka.
Selain itu,ikatan ukhwah antara
kami juga terjalin dengan eratnya.Bayangkanlah selama 14 tahun kami tidak
berjumpa,iaitu kali terakhir semasa bersekolah di Sekolah Menengah Sains
Selangor Shaklee menemukan
kami.Alhamdulillah, Alhamdulillah kami panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga
kepada Ilahi.Terima kasih Allah.
Itu sahaja daripada saya.semoga
perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada anda di luar sana
terutamanya ahli group MamaCilik Shining yang tidak dapat hadir.
Ingin mendapatkan
supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana
pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Ingin sertai ‘rumah’
kami yang sangat happening dan penuh dengan aura positif?
FREE CONSULTATION
& BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!
Nurizan AR 0139831498