Assalamualaikum pembaca blog Mama Arissa yang saya kasihi
semua.
Saya pasti ramai antara pembaca blog ni yang menyukai
masakan ala Thai kan.Buktinya kedai,restoran tempat makan berasaskan menu Thai
tumbuh bagai cendawan selepas hujan.
Hari ini,saya akan berkongsi resepi yang ringkas,mudah dan
pastinya SEDAP hingga menjilat jari.3 hari berturut-turut saya buat menu yang
sama iaitu KERABU UDANG sebab sangat SEDAP!
Bagi pembaca blog yang dah jemu makan masakan yang
berasaskan kari,gulai,sup bolehlah mencuba resepi ini.
RESEPI KERABU UDANG THAI
(2-4 ORANG)
Satu mangkuk udang
2 biji limau nipis
Daun ketumbar
1-2 bawang besar
3 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula(ikut rasa)
1 sudu kecil garam(ikut rasa)
4-5 biji cili padi(ikut rasa)
Tambahan
Boleh juga letak tauge,tomato atau seafood cocktail
CARA-CARA
1.Bersihkan udang
2.Rebus sekejap(toskan udang)
3.Potong cili,daun ketumbar(segenggam),bawang besar.
4.Masukkan sos ikan,limau kasturi,garam,gula.
5.Gaulkan rasa dah SIAP!
Bagi yang tak pernah tengok sos ikan.Saya sertakan gambar di
bawah ini)
RESIPI IKAN SIAKAP STIM
Bawang putih dimayang
Bawang besar dibelah bulat
Halia muda dimayang
Serai diketuk
Lada jarum diketuk-ketuk
Lada besar dimayang
Jeruk bawang putih 2-3 biji (ambil airnya sekali)
Daun ketumbar-mayang dan ditabur
Garam
Cuka
Ajinomoto
*Semua bahan ini ditaburkan di atas ikan siakap@kerapu dan
lain-lain
Bagi yang tak pernag lihat jeruk bawang putih gambar di
bawah
SELAMAT MENCUBA...