Assalamualaikum pembaca blog Mama Arissa yang saya kasihi sekalian.
KEJAYAAN.Cukup sedap,cukup asyik bercerita tentang kisah kejayaan.Semua orang gembira dan teruja mendengarnya.
Namun,di sebalik kisah kejayaan yang amat manis bunyinya,pasti banyak rintangan dan halangan yang telah ditempuhi dan kisah CABARAN ini amat jarang diceritakan kepada orang ramai kerana tidak ramai yang BERMINAT untuk mendengarnya.
Perkara yang membezakan orang yang berjaya dengan orang yang tidak berjaya ialah cara mereka menangani rintangan tersebut.
Saya pasti,ramai di antara pembaca blog ini tahu bahawa saya menjalankan bisnes Shaklee.Saya tahu saya bukan sesiapa,namun saya ingin berkongsi secebis kisah saya setelah menyertai Empayar Maria Firdaus yang HEBAT ini.
Saya rasa berdosa jika tidak berkongsi banyak perkara positif yang berlaku kepada saya walaupun baru 8 bulan menyertai empayar yang hebat ini.Hati ini tergerak untuk berkongsi banyak perkara,mungkin bagi sesetengah orang remeh tapi di sinilah segalanya bermula.
KERJAYA GURU
Mungkin disebabkan kerjaya saya sebagai seorang guru,Allah ciptakan saya untuk membantu orang lain.Saya suka tengok orang lain berjaya.Syukur Alhamdulillah saya ada perasaan seumpama ini.
Hati ini, cepat tersentuh,kadangkala air mata ini begitu mudah menitis melihat kesusahan orang lain.SAYA perlu BERUBAH!Terlalu ramai orang yang perlu dibantu.Saya nekad.
Selepas buat bisnes Shaklee, baru saya nampak.,dengan keadaan ekonomi yang mendesak dan menghimpit sekarang ni,ramai orang perlu mencari pendapatan sampingan.Termasuk saya!
Alhamdulillah,saya tersedar awal dan saya telah ditemukan dengan GROUP yang betul dan MENTOR dan SIFU yang HEBAT.
NAMUN,NAMUN,NAMUN kejayaan tidak datang bergolek,jika anda fikir kejayaan itu datang dalam masa yang singkat dan tidak perlu berbuat apa-apa jauh sekali berkorban anda silap besar dan ingin saya tegaskan di sini,jika anda tidak mahu dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai.
Sejujurnya,saya tidak menyangka saya dapat bertahan sehingga detik dan saat ini,kerana saya tahu beribu-ribu orang yang telah menjadi ahli Shaklee.
Permulaanya,kerana azam yang kuat untuk berjaya dan ingin membuktikan kepada Mentor bahawa saya boleh,saya sanggup meluangkan masa sehingga pukul 3-4 pagi untuk mengulangkaji maklumat-maklumat berkenaan vitamin di samping perlu bekerja dan menguruskan rumahtangga.
Ada masanya,otak ini terlalu letih untuk berfikir dan ada suatu ketika saya menangis tanpa henti kerana terlalu tertekan.Pernah saya berdiam diri sehari kerana saya perlu bertenang.
Masalah juga timbul dari segi pemahaman pasangan,yang memerlukan saya membahagikan masa dengan sebaik mungkin agar tidak berlaku seperti yang dikejar tidak dapat yang dikendong berciciran.
Saya sangat bersyukur kerana saya mempunyai support group yang saya rasakan BANYAK membantu saya melalui hari-hari yang sukar dan telah mengubah saya menjadi seorang yang sangat POSITIF.
Alhamdulillah,saya bermula sebagai supervisor pada bulan Mac dengan pendapatan sampingan sebanyak 4 angka sehingga sekarang.
Perkara ini jelas membuktikan jika ingin berjaya kita perlu ada Group yang betul dan Mentor yang Tepat
TAPI,TAPI TAPI JANGAN KATA ANDA TAK TAHU,TAK RETI,TIDAK ADA BAKAT...
KERANA APA YANG PENTING KEINGINAN ANDA.
Kerana belakang parang jika diasah semakin tajam,inikan pula kita manusia yang diberikan akal yang HEBAT
SAYA YANG DULU BUKAN YANG SEKARANG
DULU saya fikirkan untuk mulakan bisnes perlukan modal beribu-ribu
SEKARANG hanya perlukan SEKEPING HATI YANG KENTAL
DULU saya hanya tahu menjual,strategi pemasaran ZERO
SEKARANG saya tahu RCA,MENJEMPUT REZEKI
DULU saya tak ada blog
SEKARANG pembaca blog saya dah ada 1046 orang
DULU saya seorang yang kurang berfikiran POSITIF
SEKARANG saya magnet positif
Sekian perkongsian saya untuk hari ini,semoga ilmu yang sedikit ini dapat membantu anda.