Assalamualaikum pembaca blog Izan yang dirahmati Allah,Izan doakan kalian semua sentiasa sihat da sejahtera
Tadi Izan terlihat artikel tentang gaji lepasan Ijazah sekarang ni Rm2500 sebulan.
Hati tiba-tiba berasa rungsing dan takut.
Rungsing kerana Izan dah menempuh alam pekerjaan selama 8 tahun dan gaji 4 angka sebenarnya JAUH TIDAK MENCUKUPI dengan ekonomi sekarang.
Cuba anda bayangkan dengan gaji rm2500 sebulan anda gunakan untuk membayar
Rm600 duit sewa rumah atau pinjaman perumahan
Rm200 bayaran PTPTN,MARA
RM600 makanan
Rm500 bayaran kereta
Rm300 bil elektrik dan air
Rm300 pakaian,kasut
Total Rm2500
Macam mana dengan simpanan?
Nak hulurkan pada ibu bapa setiap bulan?Kalau yang anak sulung tu pula untuk adik-adik lagi, macam mana tu?
Nak bantu orang lain lagi,contohnya Gaza dan sebagainya lagi?
CUKUP KE??
Tu perbelanjaan untuk yang belum berkahwin,kalau dah berkahwin macam mana?
Duit pampers,pengasuh lagi,pakaian anak lagi.Semua tu perlukan belanja yang bukan sedikit.
Betapa 'selfish'nya saya sebelum ini,hanya fikirkan diri sendiri saja.
Kalau pendapatan saya,hanya cukup-cukup makan dan kadangkala ikat perut macam mana saya nak bantu orang lain?
Kalau bukan orang lain pun,KELUARGA kita sendiri?Takkanlah kita tak nak lihat keluarga kita bahagia kerana selama ini,merekalah yang telah banyak berkorban duit,masa dan keringat kepada kita.
Sampai bila nak bergantung kepada duit makan gaji semata-mata?
Perkara yang paling susah dilakukan ialah BERUBAH!!
Berubahlah hari ini atau SEKARANG!Bukan untuk orang lain pun,tapi untuk kita,masa depan kita!
Pilihan di tangan kita.Duduk,bertenang dan cuba fikirkan masa depan anda.
JIKA ANDA FIKIRKAN TULISAN INI MENARIK, PLEASE SHARE.BANTULAH ORANG LAIN AGAR KEHIDUPAN MEREKA LEBIH BAIK NESCAYA ANDA AKAN BAHAGIA
Izan
0139831498