PERCAYA BARU BERJAYA

Powered by Blogger.

PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Assalamualaikum pembaca Mama Arissa semua,harini saya nak bahasakan diri dengan cikgu lah boleh ke boleh?hihi

Ok,baiklah harini Cikgu Jae nak berkongsi tips persediaan menghadapi peperiksaan.

Cikgu percaya ada dalam kalangan pembaca blog ni bakal menduduki peperiksaan percubaan SPM ataupun adik,anak atau saudara mara kan.

Antara tips yang boleh diamalkan ialah:

1.Semak jadual peperiksaan-bagi memastikan anda tidak tersilap jadual kerana persediaan mental sangat penting

2.Ulang kaji saat akhir-Ramai yang salah anggap kerana ada yang study hingga tidak tidur malam untuk mencuba membaca seberapa banyak yang boleh.Sebenarnya anda boleh study smart iaitu memfokuskan kepada tajuk atau fakta yang penting

3.Kata Kunci-Mengingat dan menghafal kata kunci sangat membantu sebenarnya,jadi anda tidak perlu membebankan fikiran untuk menghafal keseluruhan isi

4.Tidur yang mencukupi-Sangat penting agar anda dapat tidur yang berkualiti dan tidak letih serta dapat berfikir semaksimum yang mungkin kerana otak berada dalam keadaaan yang cerdas kerana rehat yang cukup

5.Jaga kesihatan-Perkara ini sangat penting,jadi makan makanan yang seimbang

6.Doa dan tawakal-Setelah berusaha jangan lupa berdoa dan menyerahkan kebergantungan sepenuhnya pada Allah

7.Memohon kemaafan daripada ibu bapa juga merupakan kunci kejayaan.

8.Malam sebelum peperiksaan pastikan gosok baju awal,siapkan peralatan peperiksaan dan tidur awal.

9.Bangun awal pagi untuk melihat sepintas lalu sub topik yang penting

Cikgu doakan semua calon berjaya dengan cemerlang.Esok dah bermula Peperiksaan Percubaan SPM bagi calon  tahun 2014 di Kuantan.

Esok Kertas Bahasa Melayu 1 dan Kertas 2

Tips Karangan

1.Mulakan dengan pendahuluan yang menarik
2.Masukkan perkataan atau frasa yang menarik
3.Pemerengganan mesti seimbang
4.Jangan lupa ayat penyimpul bagi setiap perenggan.

Selain itu,ibu bapa boleh amalkan bacaan ini untuk membantu anak-anak.Sambil bekeeja pun boleh amalkan...Cubalah.

Semoga Berjaya.

Ikhlas,
Cikgu Jae

 

Ebook Sorry Bos

Ebook Sorry Bos
Rahsia besar yang anda harus baca