PERCAYA BARU BERJAYA

Powered by Blogger.

ANDA BAKAL TAK SANGKA DENGAN RAHSIA MASKER SHAKLEE

Bismillahirahmanirahim.

Apa khabar pembaca blog Izan semua,dua tiga hari ni tak menulis rasa tak keruan.

Hari ni,Izan nak berkongsi tentang masker.Mungkin ada yang dah tahu selain untuk dimakan,produk vitamin shaklee pun boleh buat masker jugak tau.

Okies,ada beberapa vitamin yang anda boleh buat masker.Best kan,vitamin ni terus diserap oleh kulit

Memang jimat,lepas tu memang terjamin bebas bahan kimia.Jadi anda tak perlu risau atau waswas semasa menggunakannya

Masker Vit E
1.Ambil sebiji vitamin e
2.Cucukkan dengan jarum
3.Keluarkan minyak-warna hitam sebab ada estrak grape seed
4.Sapu ke muka
5.Bila dah kering,cuci muka dengan air

Masker vitamin c dan alfalfa
1.Ambil sebiji vitamin c,patahkan dua.Boleh digunakan dua kali
2.Letakkan dalam air bersama 2 biji alfalfa
3.Apabila dah larut,bolehlah disapukan ke muka
4.Cuci muka apabila telah kering

Masker ESP
1.Boleh campurkan dengan plain yogurt atau putih telur
2.Tambahkan air
3.Sapu ke muka

Masker vivix
1.Ambil beberapa titik vivix,sapukan ke muka

Memang best sangat guna masker ni.Izan selalu selang selikan masker semua ni.Best!

Selamat Mencuba.

Sebarang peetanyaan,boleh tanya Izan.Nak sembang-sembang pasal produk atau peluang bisness pun boleh

Izan
013-9831498

EMPAYAR MARIA FIRDAUS MEMANG AWSOME!

Bismillahirahmanirahim...

Apa khabar pembaca blog MAma Arissa semua,dah lama rasanya saya tidak mencoret sesuatu di dalam blog ini.

Bukan kerana tidak mahu menulis,tetapi kekangan masa dengan kerja hakiki seorang guru perlu diutamakan.

Hari ini,saya terpanggil untuk menulis berkenaan empayar maria firdaus yang sangat saya sayangi.

Bukan nak membodek atau nak menunjuk tetapi saya menulis ikhlas daripada hati saya.

Saya sangat bertuah kerana dapat merasa ikatan ukhwah yang sangat erat terjalin antara kami,sehinggakan saya rasakan ikatan ini lebih daripada adik beradik!

Tidak ada pun perasaan dengki atau iri hati,semua saling membantu antara satu sama lain.Alangkah indahnya ikatan ini.

Semua orang inginkan yang terbaik dan saling menyokong antara satu sama lain

Ilmu yang dikongsikan juga sangat bermakna,setiap hari saya dapat belajar perkara yang baharu.

Selain itu,saya rasakan saya menjadi orang yang positif,sentiasa positif setiap hari.Sehinggakan tiada sekelumit pun aura negatif yang dapat menembusi perisai saya.

Saya bahagia apabila melihat orang bahagia.Seronok rasanya dapat menyentuh kehidupan orang lain.

Saya juga belajar berimpian besar kerana tanpa impian mimpi takkan menjadi kenyataan..

Sesungguhnya empayar maria firdaus memang terbaik.Sangat rugi sekiranya anda tidak menjadi sebahagian keluarga yang hebat ini

Ilmu dunia dan akhirat in shaa Allah sejalan..

Jomlah kita berusaha merubah kehidupan kita agar kita dapat membantu lebih ramai orang di luar sana..

Jangan pentingkan diri sendiri.Buat tindakan bijak!

Jom BERUBAH.

Pilih EMPAYAR MARIA FIRDAUS THE MOST HAPPENING SHAKLEE TEAM IN MALAYSIA

Izan
Menulis Dari Hati

Selamat Malam

Assalamualaikum...

PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Assalamualaikum pembaca Mama Arissa semua,harini saya nak bahasakan diri dengan cikgu lah boleh ke boleh?hihi

Ok,baiklah harini Cikgu Jae nak berkongsi tips persediaan menghadapi peperiksaan.

Cikgu percaya ada dalam kalangan pembaca blog ni bakal menduduki peperiksaan percubaan SPM ataupun adik,anak atau saudara mara kan.

Antara tips yang boleh diamalkan ialah:

1.Semak jadual peperiksaan-bagi memastikan anda tidak tersilap jadual kerana persediaan mental sangat penting

2.Ulang kaji saat akhir-Ramai yang salah anggap kerana ada yang study hingga tidak tidur malam untuk mencuba membaca seberapa banyak yang boleh.Sebenarnya anda boleh study smart iaitu memfokuskan kepada tajuk atau fakta yang penting

3.Kata Kunci-Mengingat dan menghafal kata kunci sangat membantu sebenarnya,jadi anda tidak perlu membebankan fikiran untuk menghafal keseluruhan isi

4.Tidur yang mencukupi-Sangat penting agar anda dapat tidur yang berkualiti dan tidak letih serta dapat berfikir semaksimum yang mungkin kerana otak berada dalam keadaaan yang cerdas kerana rehat yang cukup

5.Jaga kesihatan-Perkara ini sangat penting,jadi makan makanan yang seimbang

6.Doa dan tawakal-Setelah berusaha jangan lupa berdoa dan menyerahkan kebergantungan sepenuhnya pada Allah

7.Memohon kemaafan daripada ibu bapa juga merupakan kunci kejayaan.

8.Malam sebelum peperiksaan pastikan gosok baju awal,siapkan peralatan peperiksaan dan tidur awal.

9.Bangun awal pagi untuk melihat sepintas lalu sub topik yang penting

Cikgu doakan semua calon berjaya dengan cemerlang.Esok dah bermula Peperiksaan Percubaan SPM bagi calon  tahun 2014 di Kuantan.

Esok Kertas Bahasa Melayu 1 dan Kertas 2

Tips Karangan

1.Mulakan dengan pendahuluan yang menarik
2.Masukkan perkataan atau frasa yang menarik
3.Pemerengganan mesti seimbang
4.Jangan lupa ayat penyimpul bagi setiap perenggan.

Selain itu,ibu bapa boleh amalkan bacaan ini untuk membantu anak-anak.Sambil bekeeja pun boleh amalkan...Cubalah.

Semoga Berjaya.

Ikhlas,
Cikgu Jae

REBAH TERGULING BANGKIT KEMBALI,TERSUNGKUR JATUH KUPANTAS BERDIRI,NAK MENGALAH JAUH SEKALI

Assalamualaikum pembaca blog Mama Arissa yang saya kasihi sekalian.

KEJAYAAN.Cukup sedap,cukup asyik bercerita tentang kisah kejayaan.Semua orang gembira dan teruja mendengarnya.

Namun,di sebalik kisah kejayaan yang amat manis bunyinya,pasti banyak rintangan dan halangan yang telah ditempuhi dan kisah CABARAN ini amat jarang diceritakan kepada orang ramai kerana tidak ramai yang BERMINAT untuk mendengarnya.

Perkara yang membezakan orang yang berjaya dengan orang yang tidak berjaya ialah cara mereka menangani rintangan tersebut.

Saya pasti,ramai di antara pembaca blog ini tahu bahawa saya menjalankan bisnes Shaklee.Saya tahu saya bukan sesiapa,namun saya ingin berkongsi secebis kisah saya setelah menyertai Empayar Maria Firdaus yang HEBAT ini.

Saya rasa berdosa jika tidak berkongsi banyak perkara positif yang berlaku kepada saya walaupun baru 8 bulan menyertai empayar yang hebat ini.Hati ini tergerak untuk berkongsi banyak perkara,mungkin bagi sesetengah orang remeh tapi di sinilah segalanya bermula.

KERJAYA GURU

Mungkin disebabkan kerjaya saya sebagai seorang guru,Allah ciptakan saya untuk membantu orang lain.Saya suka tengok orang lain berjaya.Syukur Alhamdulillah saya ada perasaan seumpama ini.

Hati ini, cepat tersentuh,kadangkala air mata ini begitu mudah menitis melihat kesusahan orang lain.SAYA perlu BERUBAH!Terlalu ramai orang yang perlu dibantu.Saya nekad.

Selepas buat bisnes Shaklee, baru saya nampak.,dengan keadaan ekonomi yang mendesak dan menghimpit sekarang ni,ramai orang perlu mencari pendapatan sampingan.Termasuk saya!

Alhamdulillah,saya tersedar awal dan saya telah ditemukan dengan GROUP yang betul dan MENTOR dan SIFU yang HEBAT.

NAMUN,NAMUN,NAMUN kejayaan tidak datang bergolek,jika anda fikir kejayaan itu datang dalam masa yang singkat dan tidak perlu berbuat apa-apa jauh sekali berkorban anda silap besar dan ingin saya tegaskan di sini,jika anda tidak mahu dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai.

Sejujurnya,saya tidak menyangka saya dapat bertahan sehingga detik dan saat ini,kerana saya tahu beribu-ribu orang yang telah menjadi ahli Shaklee.

Permulaanya,kerana azam yang kuat untuk berjaya dan ingin membuktikan kepada Mentor bahawa saya boleh,saya sanggup meluangkan masa sehingga pukul 3-4 pagi untuk mengulangkaji maklumat-maklumat berkenaan vitamin di samping perlu bekerja dan menguruskan rumahtangga.

Ada masanya,otak ini terlalu letih untuk berfikir dan ada suatu ketika saya menangis tanpa henti kerana terlalu tertekan.Pernah saya berdiam diri sehari kerana saya perlu bertenang.

Masalah juga timbul dari segi pemahaman pasangan,yang memerlukan saya membahagikan masa dengan sebaik mungkin agar tidak berlaku seperti yang dikejar tidak dapat yang dikendong berciciran.

Saya sangat bersyukur kerana saya mempunyai support group yang saya rasakan BANYAK membantu saya melalui hari-hari yang sukar dan telah mengubah saya menjadi seorang yang sangat POSITIF.

Alhamdulillah,saya bermula sebagai supervisor pada bulan Mac dengan pendapatan sampingan sebanyak 4 angka sehingga sekarang.

Perkara ini jelas membuktikan jika ingin berjaya kita perlu ada Group yang betul dan Mentor yang Tepat

TAPI,TAPI TAPI JANGAN KATA ANDA TAK TAHU,TAK RETI,TIDAK ADA BAKAT...

KERANA APA YANG PENTING KEINGINAN ANDA.

Kerana belakang parang jika diasah semakin tajam,inikan pula kita manusia yang diberikan akal yang HEBAT

SAYA YANG DULU BUKAN YANG SEKARANG

DULU saya fikirkan untuk mulakan bisnes perlukan modal beribu-ribu
SEKARANG hanya perlukan SEKEPING HATI YANG KENTAL

DULU saya hanya tahu menjual,strategi pemasaran ZERO
SEKARANG saya tahu RCA,MENJEMPUT REZEKI

DULU saya tak ada blog
SEKARANG pembaca blog saya dah ada 1046 orang

DULU saya seorang yang kurang berfikiran POSITIF
SEKARANG saya magnet positif

Sekian perkongsian saya untuk hari ini,semoga ilmu yang sedikit ini dapat membantu anda.



MENU ALA THAI-KERABU UDANG DAN SIAKAP STIM GERENTI POWER!

Assalamualaikum pembaca blog Mama Arissa yang saya kasihi semua.

Saya pasti ramai antara pembaca blog ni yang menyukai masakan ala Thai kan.Buktinya kedai,restoran tempat makan berasaskan menu Thai tumbuh bagai cendawan selepas hujan. 

Hari ini,saya akan berkongsi resepi yang ringkas,mudah dan pastinya SEDAP hingga menjilat jari.3 hari berturut-turut saya buat menu yang sama iaitu KERABU UDANG sebab sangat SEDAP!

Bagi pembaca blog yang dah jemu makan masakan yang berasaskan kari,gulai,sup bolehlah mencuba resepi ini.

RESEPI KERABU UDANG THAI
(2-4 ORANG)


Satu mangkuk udang
2 biji limau nipis
Daun ketumbar
1-2 bawang besar
3 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula(ikut rasa)
1 sudu kecil garam(ikut rasa)
4-5 biji cili padi(ikut rasa)

Tambahan
Boleh juga letak tauge,tomato atau seafood cocktail
CARA-CARA
1.Bersihkan udang
2.Rebus sekejap(toskan udang)
3.Potong cili,daun ketumbar(segenggam),bawang besar.
4.Masukkan sos ikan,limau kasturi,garam,gula.
5.Gaulkan rasa dah SIAP!

Bagi yang tak pernah tengok sos ikan.Saya sertakan gambar di bawah ini)



RESIPI IKAN SIAKAP STIM




Bawang putih dimayang
Bawang besar dibelah bulat
Halia muda dimayang
Serai diketuk
Lada jarum diketuk-ketuk
Lada besar dimayang
Jeruk bawang putih 2-3 biji (ambil airnya sekali)
Daun ketumbar-mayang dan ditabur
Garam
Cuka
Ajinomoto

*Semua bahan ini ditaburkan di atas ikan siakap@kerapu dan lain-lain

Bagi yang tak pernag lihat jeruk bawang putih gambar di bawah


SELAMAT MENCUBA...

KOLEKSI KERTAS SOALAN PERCUBAAN UPSR MALAYSIA 2014

KOLEKSI KERTAS SOALAN PERCUBAAN UJIAN PENILAIAN
SEKOLAH RENDAH(UPSR) MALAYSIA 2014

Assalamualaikum pembaca blog Mama Arissa semua.

Saya harap anda semua sentiasa bahagia dan berada dalam keadaan yang sangat gembira sebab anda bakal menggembirakan orang lain juga dengan berkongsi blog ini kepada calon UPSR  atau kepada saudara mara yang lain.

Sebagai ibu bapa semestinaya kita ingin memberikan yang terbaik kepada anak-anak kita.
Sekarang dah bulan Ogos,jadi tak sampai sebulan lagi calon UPSR bakal menduduki peperiksaan tertinggi bagi peringkat sekolah rendah.Sekarang ini,bukan lagi masa untuk membaca buku teks atau nota-nota yang panjang.

Sebaliknya masa yang ada sekarang ini,perlu digunakan sebaik mungkin untuk mengulang kaji soalan-soalan tahun lepas dan  soalan-soalan percubaan bagi seluruh negeri di Malaysia ini.

Sebagai seorang guru,adalah penting calon UPSR menjawab soalan-soalan ini untuk membiasakan mereka dengan soalan-soalan sebenar.

Ibu bapa juga boleh melatih anak-anak menjawab soalan-soalan ini mengikut masa  sebenar agar mereka lebih yakin untuk menjawab soalan semasa peperiksaan sebenar kelak.

RAHSIA PELAJAR CEMERLANG

Saya juga ingin kongsikan ebook yang sangat bermanfaat untuk calon UPSR di www.rahsiapelajarcemerlang.com

Bacalah,banyak tips-tips yang sangat berguna dan pastilah calon-calon UPSR  akan bertambah bersemangat dan berkeyakinan untuk menduduki UPSR nanti.

SUPPLEMEN UNTUK KESIHATAN

Selain cara di atas, ibu bapa juga boleh menggunakan supplemen seperti di bawah untuk membantu anak-anak anda mendapat kesihatan yang lebih baik dan seterusnya merangsang pemikiran mereka.


Sekiranya anda suka entri ini sila SHARE untuk kebaikan semua pihak

Saya doakan anda semua mendapat kecemerlangan dan kegembiraan melalui perkongsian yang tidak seberapa daripada saya ini.

BEST KE BISNES SHAKLEE??

Assalamualaikum pembaca blog Izan semua,terima kasih sangat sebab sudi membaca coretan Izan

Cerita yang ditulis ikhlas dari hati,tidak lain dan tidak bukan untuk menerbitkan rasa kegembiraan dan rasa positif dalam diri semua orang.

Ramai yang tanya saya,best ke bisness Shaklee ni?

Ramai yang pm saya bagitahu suka tengok cara saya menulis dalam blog dan fb

Ramai yang follow setiap tulisan saya

Tak kurang juga silent reader semua.

Saya hormati setiap kawan mahupun lawan saya.

Terima kasih saya ucapkan ikhlas dari dasar hati saya yang paling dalam,terima kasih kerana sudi menjadi kawan saya.

Bagi saya persaingan secara sihat itu perlu dan berpegang kepada prinsip setiap orang ada rezeki masing-masing

Bisness shaklee bukan sekadar tentang duit semata-mata tetapi pengisian rohani juga.

Sungguh,hidup saya seolah-olah berubah 360 darjah sejak join bisness shaklee ini.

Betullah antara yang ditekankan dalam Empayar Maria Firdaus,kejar akhirat dunia akan mengejarmu..

Alhamdulillah,sebelum ini saya jarang solat dhuha,jarang berzikir jarang bertahajud tapi saya menemui diri saya dalam shaklee

Alhamdulillah hidup saya juga semakin positif dan semakin MUDAH

Bisness Shaklee istemewa kepada saya kerana Mentor dan Support Group Mfms memang sangat membantu dan hubungan kami ibarat adik beradik

Bonus setiap tengah bulan,15 hb memang sangat membantu.Alhamdulillah setakat ini saya masih konsisten dengan 4 angka

Pendapatan sampingan 4 angka yang sebelum ini saya anggap mustahil tetapi rupa-rupanya tiada yang mustahil dengan shaklee

Terima kasih Allah dan Empayar Maria Firdaus atas peluang ini

Jika anda inginkan peluang ini,tiada yang mustahil...yang penting kuasa BERTINDAK

Izan
0139831498

Tulislah impian besar anda sekarang
Tidak salah berimpian besar

In shaa Allah,dengan izin Allah berasbabkan shaklee anda mampu mengapainya...

GAJI 4 ANGKA SEBULAN,CUKUP KE?

Assalamualaikum pembaca blog Izan yang dirahmati Allah,Izan doakan kalian semua sentiasa sihat da  sejahtera

Tadi Izan terlihat artikel tentang gaji lepasan Ijazah sekarang ni Rm2500 sebulan.

Hati tiba-tiba berasa rungsing dan takut.

Rungsing kerana Izan dah menempuh alam pekerjaan selama 8 tahun dan gaji 4 angka sebenarnya JAUH TIDAK MENCUKUPI  dengan ekonomi sekarang.

Cuba anda bayangkan dengan gaji rm2500 sebulan anda gunakan untuk membayar

Rm600 duit sewa rumah atau pinjaman perumahan

Rm200 bayaran PTPTN,MARA

RM600 makanan

Rm500 bayaran kereta

Rm300 bil elektrik dan air

Rm300 pakaian,kasut

Total Rm2500

Macam mana dengan simpanan?

Nak hulurkan pada ibu bapa setiap bulan?Kalau yang anak sulung tu pula untuk adik-adik lagi, macam mana tu?

Nak bantu orang lain lagi,contohnya Gaza dan sebagainya lagi?

CUKUP KE??

Tu perbelanjaan untuk yang belum berkahwin,kalau dah berkahwin macam mana?

Duit pampers,pengasuh lagi,pakaian anak lagi.Semua tu perlukan belanja yang bukan sedikit.

Betapa 'selfish'nya saya sebelum ini,hanya fikirkan diri sendiri saja.

Kalau pendapatan saya,hanya cukup-cukup makan dan kadangkala ikat perut macam mana saya nak bantu orang lain?

Kalau bukan orang lain pun,KELUARGA kita sendiri?Takkanlah kita tak nak lihat keluarga kita bahagia kerana selama ini,merekalah yang telah banyak berkorban duit,masa dan keringat kepada kita.

Sampai bila nak bergantung kepada duit makan gaji semata-mata?

Perkara yang paling susah dilakukan ialah BERUBAH!!

Berubahlah hari ini atau SEKARANG!Bukan untuk orang lain pun,tapi untuk kita,masa depan kita!

Pilihan di tangan kita.Duduk,bertenang dan cuba fikirkan masa depan anda.

JIKA ANDA FIKIRKAN TULISAN INI MENARIK, PLEASE SHARE.BANTULAH ORANG LAIN AGAR KEHIDUPAN MEREKA LEBIH BAIK NESCAYA ANDA AKAN BAHAGIA

Izan
0139831498

PAINKILLER NIKMAT SEMENTARA DERITA BERPANJANGAN

SENGUGGUT TEMAN TAPI TAK MESRA

Assalamualaikum pembaca blog yang saya hormati sekalian,masih bersantai dengan mood raya lagi ke?Hehe maklumlah raya kan sebulan.

Saya tertarik dengan seorang sahabat yang menceritakn pengalamannya yang biasa berkunjung ke kedai makanan,biasanya ada dua orang yang berniaga tapi hari tersebut hanya ada seorang sahaja.Rupa-rupanya kakak yang seorang lagi sudah tidak bekerja disebabkan masalah buah pinggang yang telah rosak.

Perkara yang paling mengejutkan ialah punca buah pinggang rosak adalah disebabkan penggambilan pil penahan sakit yang terlalu kerap.Semasa muda,kakak ni selalu senguggut,apabila tak tahan sangat sakit dia selalu ambil painkiller untuk meredakan kesakitannya.Umur kakak ni baru 40-an,masih muda tetapi terpaksa menjalani dialisis. Allahuakbar

FAKTA BUKAN AUTA

8 daripada 10 orang wanita akan mengalami masalah senguggut terutama wanita yang belum pernah hamil.Tahap kekuatan kesakitan yang ditanggung berbeza bagi setiap individu.
Serius,saya sendiri pernah mengalaminya.Azabnya,sakit tu seperti menyucuk-nyucuk.Memang tak tergambar kesakitannya



PUNCA SENGUGGUT

Kepada individu yang tak pernah mengalami amsalah senguggut terutamanya kaum adam,anda perlu tahu symptom yang bakal dialami oleh isteri,anak atau saudara perempuan anda.Nanti tidaklah anda kata mereka ni mengada-ngada pula.

Senguggut atau pms biasanya sakit di bawah abdomen atau sakit di bahagian belakang.Perkara tersebut berlaku disebabkan pengeluaran hormone prostaglandin yang sangat menggalakkan pengecutan Rahim supaya darah haid keluar daripada Rahim.Lazimnya ini adalah normal,setiap wanita normal sememangnya mengalami proses ini

Namun terdapat sesetengah wanita yang mengalami pengeluaran hormone prostaglandin yang sangat banyak dan mengakibatkan pengecutan Rahim secara berlebihan yang menyebabkan kesakitan yang teramat sangat.Lebih kritkal,ada sesetengah wanita yang sakit sehingga terguling-guling dan ada juga sehingga pengsan!



 PAINKILLER NIKMAT SEMENTARA

Akibatnya mereka yang mengalami PMS yang sangat teruk memilih jalan singkat dengan mengambil painkiller atau ponston yang memberikan kelegaan yang cepat namun mereka tidak sedar derita sedang mengintai mereka.

PAINKILLER PEMBUNUH SENYAP

Acapkali kita mendengar tentang kegagalan fungsi buah pinggang seperti kes kakak tadi.Sehingga mereka terpaksa menjalani dialysis.Nauzubillah
Kenapa perkara ini berlaku?Setiap kali kita sakit gigi,sakit kepala atau segala penyakit yang kita alami kita akan cari ubat penahan sakit.Kenapa?Adakah sebab harganya yang murah atau dapat melegakan kesakitan dengan cepat?

Adakah anda mahu menghabiskan hidup anda dengan menjadi pengunjung tetap hospital atau klinik?Hakikatnya painkiller merupakan pembunuh senyap.Hidup anda,anda yang menentukannya.Buat pilihan yang bijak

SUPPLEMEN SEMULAJADI

Saya menyarankan anda mengambil,supplement semulajadi yang selamat dan bebas daripada bahan kimia yang berbahaya. Iaitu GLA COMPLEX.

GLA COMPLEX berperanan untuk mengimbangi tahap hormon dan membantu mengawal penghasilan PROSTAGLANDIN.

Jangan biarkan senguggut menganggu hari anda dan painkiller menggelapkan hidup anda

TESTIMONI DIRI SENDIRI


Saya sememangnya mengalami masalah hormon tidak stabil,kitaran period saya tidak menentu.Kadang kala 30 hari,40 hari dan ada yang lebih teruk selepas 2 bulan baru saya period.Alhamdulillah setelah saya konsisten menggunakan GLA,period saya keluar berketul-ketul dan banyak.Setelah itu aliran period saya makin teratur.Alhamdulillah saya telah menemui penawar kepada period yang tidak teratur dan saya juga berharap ikhtiar saya hamil juga berjaya.Doakan saya ya.  









  Bula ini,ada promosi beli 6 percuma 1.Rugi sangat tak beli,GLA ni memang teman baik bagi setiap wanita.saya memang pengguna yang setia dan saya mengesyorkan anda beli GLA untuk anda atau adik beradik atau anda beritahu tentang GLA kepada orang lain.Semoga Allah merahmati anda atas kebaikan ini.



Selain manfaat di atas ada 19 manfaat lain GLA ni.  Kiranya SIDE EFFECT yang positiflah..memang tak rugi beli.TAPI ANDA AKAN MENYESAL KALAU TAK BELI.



Berubahlah sebelum terlambat,bertukarlah kepada vitamin yang semulajadi dan selamat.
Ada terlalu ramai orang yang menyayangi anda dan orang yang memerlukan anda.

Jika anda inginkan nasihat saya,jangan malu atau segan anda boleh tanya saya..saya akan bantu seikhlas hati kerana kepuasan anda,kebanggan saya

IZAN
013-9831498 

 

Ebook Sorry Bos

Ebook Sorry Bos
Rahsia besar yang anda harus baca