PERCAYA BARU BERJAYA

Powered by Blogger.

KEJAYAAN TIDAK PERNAH SALAH ALAMAT

KEJAYAAN TIDAK PERNAH SALAH ALAMAT

Bismillahirahmanirahim.Apa khabar pembaca blog Mama Damia yang sangat Izan sayangi.Dah makan ke belum?Hihi dah malam nak makan apa lagi kan.Sendiri tanya,sendiri yang jawab kan.

Hari ni saya dah janji dengan mak saya,Affni Shahida nak tulis satu entri.Hihi, dengan beliau saya segan sikit.Bukan sebab saya takut tapi saya sangat menghormati beliau.Saya malu nak kata tak sempat,tak larat sebab saya tahu beliau lagi hebat dari segi kekangan masa tetapi masih boleh melakukan banyak perkara iaitu masih sempat update blog,sempat tulis di fb,sempat uruskan 3 orang anak.Sungguh,saya sangat menghormati beliau.



Jujur saya katakan,watak saya dalam business banyak dicorakkan oleh beliau secara tidak langsung.Banyak,terlalu banyak untuk ditulis dan dikongsikan.Benarlah seperti slogan yang diuar-uarkan FROM ZERO TO HERO.Ya, saya tak malu menyatakan saya bermula daripada kosong.Saya mendaki dari setapak ke setapak dengan bimbingan beliau.

BERMULA DARIPADA KOSONG

Jika diimbas kembali saat saya tuturkan kata-kata

“Aku berbisnes bukan berkiblatkan duit semata-mata,tapi aku nak tolong orang”

Saya temui kata-kata itu dalam business yang saya ceburi sekarang ini.Dulu saya tak faham konsep yang digunakan dalam EMPAYAR MARIA FIRDAUS ini.Setelah hampir 9 bulan saya berada dalam empayar yang hebat ini, banyak perubahan yang saya lalui antaranya dulu saya tiada kemahiran yang betul untuk menulis di dalam facebook,saya tiada Mentor untuk membimbing saya,saya tidak FOKUS,semua benda saya nak jual.Alhamdulillah aku yang dulu bukanlah aku yang sekarang ini.Syukur sangat saya telah keluar daripada zon selesa saya.

DULU TIADA BLOG

Blog,saya memang suka baca blog tapi saya tidak pernah terfikir untuk memiliki blog saya sendiri.Mentor saya suruh saya tulis blog.Macam biasalah alasan saya.

“Aku tak retilah nak buat blog,lecehlah.Lepas tu nak kena tulis pulak, mana aku reti buat semua ni”

Papacilik buatkan blog untuk saya,hihi terima kasih papa.Tapi kesian kat diri sendiri tulis satu entri lepas tu senyap je.Dah tak sambung-sambung dah.Jadi Mamacilik masukkan saya dalam kumpulan Blogger.Hari-hari tengok orang tulis entri baharu.Memang terbakarlah tengok,jadi senyap-senyap saya tulis entri.Dari satu ke satu entri saya tulis.Kadang-kadang tu sampai 3 entri dalam masa sehari.Inilah penangan bila duduk dalam kumpulan yang energetik kita pun terikut sama.Alhamdulillah terima kasih sekali lagi kepada Mamacilik dan Papacilik.

DITERIMA MASUK

Satu perkara yang saya sangat kagum dalam kumpulan Jutawan ini ialah tidak ada seorang pun yang kedekut ilmu.Semua saling menyokong.Buktinya saya diterima masuk dalam kumpulan Master Hafsah.Memang meriah sangat dalam tu.Setiap hari kami diberikan sub tajuk untuk dibincangkan dalam facebook.Jadi selesailah masalah saya yang kadang kala buntu untuk menulis di dalam facebook.Setiap ketua mempunyai kekuatan dan strategi yang tersendiri.Bersyukur sangat dapat sertai kumpulan Jutawan.Dalam kumpulan tersebut kami dikehendaki membuat akujanji iaitu mana-mana ahli yang tidak efektif dalam rank masing-masing dikehendaki membayar denda.Kreatif kan Master Hafsah ni.Corak pemikiran yang unik dan lain daripada lain inilah Antara factor seorang ketua yang hebat kerana mereka berupaya membuat inovasi dan mampu berfikir di luar kotak.

PERCAYA BARU BERJAYA

Setiap hari saya buat RCA yang saya nak efektif awal pada bulan ini,biasa saat-saat akhir baru efektif serik betul.Sebab memang mendebarkan saat nak closing tu.Alhamdulilla Mentor saya pesan kena mula dari awal bulan.Jadi saya pm semua kawan saya,saya like,komen semua kawan saya dalam facebook.Di tempat kerja pula,saya berkongsi kebaikan dan testimoni dengan kawan-kawan.Saya jadi testimoni bergerak bagi set kurus.Alhamdulillah dah ramai yang melihat dan mengakui keberkesanan set kurus tersebut.Jadi dah ada yang berminat dan beli set kurus dengan saya.

TERIMA KASIH MENTOR

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Mentor saya yang memperkenalkan saya ke dalam Empayar yang hebat ini.Tak lupa juga kepada anak-anak Shaklee saya yang sermai 16 orag itu,anda merupakan amanah saya.Saya akan bimbing anda hingga berjaya jika anda betul-betul minat untuk berniaga.Ini janji saya kepada anda.
Perkongsian ini saya tulis atas dasar saya ingin pembaca di luar sana tahu jika anda memilih kami,kami tidak akan sia-siakan anda.Kami akan bimbing anda hingga berjaya.Setiap kesusahan anda juga merupakan kesusahan kami.Ikatan ini ibarat adik beradik yang saling mendokong.



JIKA ANDA INGINKAN PENDAPATAN 4 HINGGA 5 ANGKA SEBULAN DENGAN DUDUK DI RUMAH ANDA BOLEH HUBUNGI SAYA. SAYA AKAN MEMBIMBING ANDA UNTUK MENCAPAI CITA-CITA ANDA

IZAN-PERCAYA BARU BERJAYA

TELEGRAM/MESEJ/WATS UPP 013-9831498
 

Ebook Sorry Bos

Ebook Sorry Bos
Rahsia besar yang anda harus baca